Khamis, 12 November 2015

Mee Udang kat Pulau Aman

Cerita ni sebenarnya cerita semalam. Hari apa ek semalam? Oh, hari Rabu. Aku janji kat Ma Abah dan adik aku Syam nak bawa diorang ke Pulau Aman. Nak makan2 fresh seafood la konon. Huhu. Lebih kurang jam 12 tengah hari aku bertolak dari rumah aku. Tak jauh pun Kulim ngan Pulau Aman. Sampai je kat sana, nak ke Pulau Aman lagi damai tu kena naik bot. Dah tak naik bot takkan nak berenang pulak kan?? Mau karam di lautan kalau spesies badan berat macam aku ni berenang. Yang aku seronok sangat nak ke Pulau Aman ni bukan sebab aku nak makan seafood tu.. tapi aku suka sangat kueh tradisional tu nama apa ntah. Aku pun tak pasti betul ke tak nama kueh tu. Kueh sepit ke.. kueh kapit ke.. lebih kurang la 2.. tapi yang pasti orang Pulau Aman ni pandai buat kueh tu. Sedap weh. Kepala otak aku dah mula melelehkan angan2 nak membeli kueh sepit tu 2 3 balang. Sedappp ooooo ..
Bila sampai kat Jeti Pulau Aman tu orang agak ramai. Aku punya la dengan berhemah sopan beratur. Dengan selamba zirafahnya diorang yang macam tak belajar sivik ni melangkah melangkaui aku yang beratur lurus macam nak menyanyi lagu Negaraku ni. Abah aku dah mula bising. Suruh aku cepatla. Nanti orang makin potong line la. Macam2. Aku pula mula la mengatur kata2 manis supaya didengari semua makhluk berotak berakal yang bernama manusia kat situ. Selamba je aku membidas diorang walaupun dengan nada yang sangat lembut. Lain kali pandaila hormat orang. Beratur. Tunggu giliran. Nak kira lapar dan nak cepat, semua orang lapar, semua orang nak cepat. Mati je semua orang tak nak cepat aku rasa. Budak2 tadika pun pandai beratur takkanla yang dah tua kerepot tak reti kot. Panjang plak aku bebel nya. Biasala dah terbiasa tengok anak2 murid kesayangan aku beratur. Hohoho.
Ok, nak cerita... bayaran pergi balik ke Pulau Aman tu untuk dewasa RM6.00 seorang. Anak2 aku yang umur 2 dan 4 tahun tu semua tak kena bayar.




Tapi serius la aku cakap. Aku agak kesal ngan keadaan Pulau Aman sekarang. Berbanding kali pertama aku jejakkan kaki ke Pulau Aman masa tahun 2009, kawasan Pulau Aman ketika tu masih bersih dan teratur. Sekarang nampak kurang bersih dan kurang teratur. Sayangla kalau tempat2 macam ni tak dijaga. Aset kot ni.. tak jaga rugila. Rasa nak je aku ambil penyapu dan sapu2 sampah2 yang menyakitkan mata tu. Tandas awam tak usah cerita la. Tandas nuh jauh di sana tapi baunya sudah menjentik2 hidung aku. Kurang enak sungguh. Terpaksa la aku kembang kempis menahan nafas takut kurang selera nak menjamu selepas tu. Aku rasa kerajaan perlu buat sesuatu. Sesuatu tu apa.. jangan tanya aku sebab aku bukan kerajaan, aku hanyalah manusia yang bekerja dengan kerajaan. Hoho.
Aku memang tak mahu berjalan jauh sebab Abah aku dah sakit kaki, sakit badan. Biasala bila dah umur 70-an, sakit2 badan ni perkara normal. Aku terus ke kedai makan pertama. Apa ntah namanya. Seingat aku Restoran Terapung Pulau Aman. Nama punyala terapung walaupun tak terapung pun. Sebelum masuk ke kedai tu, kat sebelah kiri ada jual lauk2 dari laut l. Kita boleh beli dan minta diorang yang masakkan. Harga mahal ke tak aku pun tak pasti. Yang jadi sedikit kekesalan, semalam tangkapan laut dah tak banyak. Udang tak ada, sotong tak ada. Kira macam semua tak adala. Dah habis ke.. nelayan tak turun ke laut ke.. aku pun tak pasti. Niat nak belanja family dah menampakkan ketidakmenjadiannya. Alahai.  Terpaksa la aku pesan mee udang je. Adik aku dah bebel2 dah. Penat telinga aku mendengarnya. Diorang semua pesan mee udang spesial. Aku je pesan nasi goreng udang spesial. Nampak gaya bukan selera ma abah dan adik aku. Hahhahahahaa. Sian diorang penat2 datang tapi banyak pula yang tak kenanya. Mi udang spesial tu harganya RM10 seorang. Udangnya boleh tahanla besarnya. Kenyang la kalau makan tu. Tahap kebersihan restoran ni aku bagi B je. Maaf terpaksa berkata benar. Hoho. Pilihan di tangan korang.


Yang paling aku frust..   kueh sepit pun tak ada. Tutup. Huaaaaaaa

Korang layan la gambar tu. Perasaan aku penat sebab dah kempunan nak makan kueh sepit tu. Penat aku membayangkan kesedapan kueh tu sepanjang perjalanan dari Kulim ke Pulau Aman. Assalamualaikum.
جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

Tiada ulasan:

Catat Ulasan