Ibu rasa sangat teruja apabila teacher kepada 'Izzul memberitahu Annual Sports Day LC akan diadakan pada 15 Ogos 2015. Almaklumlah inilah kali pertama anak ibu terlibat dengan hari sukan. Yerlah baru masuk ke tadika tahun ini. Sebelum ni ibu masih tidak mempunyai pengalaman... Teacher 'Izzul juga telah menyerahkan baju sukan 'Izzul kepada ibu tempoh hari.. Ya Allah terujanya bila mengetahui 'Izzul dalam rumah Red. Ibupun sama di sekolah rumah merah.. rumah Delima. hehe.
Hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Pagi2 lagi ibu telah bangun bersiap sedia. ASD tu bermula pukul 8 pagi jadi, ibu tidak mahu berlengah2. Sebagai tanda menyokong anak ibu, ibu, abah memakai baju merah, sama dengan 'Izzul. Adik Irina sahaja yang tidak memakai baju merah kerana tak ada baju warna merah. Ibu pakaikan baju warna pink. Ala-ala merah la tu. Walaupun 'Izzul mungkin tak mengerti sebab ibu dan abah memakai baju merah sebagai tanda sokongan kepada 'Izzul, ibu sentiasa berdoa kepada Allah semoga anak2 ibu dapat merasai kasih sayang ibu dan abah kepada anak2 ibu. Amin.
Kita semua tiba di Dewan Bandaran Kulim tepat jam 8 pagi. Sudah ada ibu bapa lain yang telah sampai. Ibu terus masuk ke dalam dewan kerana tidak mahu terlewat. Ibu dan abah terus mengambil tempat. Tetapi majlis bermula pukul 9 pagi. Ibu faham teacher2 LC sedang sibuk menguruskan anak2 LC yang memang sangat aktif. Maklumlah masing2 masih kecil. Ada yang menangis tidak mahu melepaskan tangan ibu dan ayah masing2, ada yang berpimpin tangan dengan teacher masing2, macam2 ragam ibu tengok dan semua tu buat ibu tersengeh sendiri. Alhamdulillah, 'Izzul mendengar kata. Berada dalam barisan dan memakai mahkota yang teacher 'Izzul buat. Seronok ibu tengok 'Izzul mematuhi arahan teacher. Moga 'Izzul akan membesar menjadi insan yang mematuhi syariat Islam semenjak kecil hingga ke nafas terakhir nanti. Amin..
Gaya Ultraman x habis2. huhu |
Bagi pelajar 4 tahun menyertai sukaneka isi air dalam botol. Sempat lagu sebelum acara bermula, ibu pergi bisik di telinga 'Izzul supaya lari laju2 dan buat sungguh2. 'Izzul angguk2 sambil tersengeh. Mula2nya ibu hanya tengok dari jauh.. lepas tu pergi dekat ngan 'Izzul untuk bagi semangat pada 'Izzul. Hehe.
Tapi yang bagusnya LC ni, semua peserta diberi medal. Bagi mereka, semua pelajar mereka tidak ada yang kalah. Ibu suka dengan pendekatan ini kerana anak2 tidak berasa terpinggir.. Alhamdulillah.
'Izzul seronok dapat madel |
Ada jugak aktiviti anak-anak bersama dengan ibu bapa. Abah dan ibu pun turut serta. ni aktiviti anak-anak kena kopek kulit pisang dan suap kat mulut mak ayah. Hehe. Nak tergelak pun ada bila tengok anak2 bersungguh2. Ibu plak sampai tak tertelan pisang sebab cepat2 nak makan pisang, x mampu la.. Abah je sekali ngap je habis sebiji pisang. Hehe.
Abah dan 'Izzul bekejasama. Hehe |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan