Selasa, 16 Ogos 2016

Minggu ni kandungan ibu dan masuk minggu ke-36. Anak ibu dah semakin membesar. Semakin hari semakin susah untuk ibu berjalan, makin susah untuk ibu lelapkan mata...   Tapi ibu tetap tidak sabar untuk menunggu kelahiran anak ibu yang ke-3 ni.  Insya-Allah, moga  Allah permudahkan segala-galanya. Walaupun sehingga hari ini, kedudukan anak ibu masih dalam keadaan songsang.. ibu positifkan diri semoga semuanya dalam keadaan baik. 

 Ni gambar baby ibu waktu 7 bulan.   Anak ke-3 baru ibu cuba scan 3d ni.   Seronok juga sebab dapat tengok anak ibu.    Rugi plak rasanya sebelum ni tak buat. x ada kenangan la abg '   Izzul dan   kakak  Irina dalam perut ibu.   Scan biasa je tak nampak muka.   Masa mula-mula ibu  nampak wajah baby ibu ni.. terus ibu nampak baby ni sebijik macam abang 'Izzul. Hehe.   Muka sama ngan nenek lagi la gayanya. Alhamdulillah katanya baby lelaki.   Mana-mana pun ibu tak kisah asalkan anak ibu sihat sahaja... 

Tak ada apa-apa yang ibu nak coretkan.. saja nak menghilangkan bosan duk menanda kertas.. huhu,.. x ada idea nak menulis buat masa sekarang.   Assalamualaikum...