Selasa, 29 Mac 2016

Sukar Untuk Dicari Ganti


Dalam kesibukan aku untuk melunaskan tanggungjawab sebagai seorang guru, 2 orang pelajar ini selalu ada meluangkan sedikit masa untuk cikgunya. Walaupun sudah 2 tahun lebih menamatkan pembelajaran di sekolah, alhamdulillah mereka tetap mengingati aku sebagai seorang guru malah, aku sendiri sukar untuk mencari pelajar seperti mereka. Sebab itu aku katakan mereka sukar untuk dicari ganti. 
Sudah banyak suka duka aku kongsi bersama-sama mereka. Gelak tawa dan air mata. 2013 merupakan tahun terakhir mereka di sekolah. Tahun itu aku tidak sempat menemani mereka sehingga ke saat akhir perjuangan mereka dalam SPM kerana cuti bersalin. Walaupun jasad aku ketika itu di Kelantan, tetapi hati sentiasa mendoakan kejayaan mereka semua. Sayang aku pada mereka melebihi yang lain. Tidak tahu mengapa tetapi setakat ini merekalah pelajar yang terbaik bagi aku. 
Tak lama lagi mereka akan meninggalkan tanah air untuk menyambung pelajaran di luar negara. Nampak gayanya lepas ni lama la aku tak dapat jumpa ngan anak2 aku ni. Huhu. Apa-apapun cikgu doakan mereka akan berjaya walau di mana-mana pun mereka berdua. Jangan lupakan cikgu dan adik2 awak. huhu. 
P/S: Abaikan gambar hodoh dan tak hensem diorang tu. kohkohkoh