Selasa, 16 Februari 2016

Orang baru???

Ok ni entri pertama aku untuk tahun 2016. Dalam keadaan yg tidak berapa sihat, sedikit pening.. aku gagahkan juga mengisi masa cuti hujung minggu. Kenapa tajuknya orang baru ek?? Hurmmm.. alhamdulillah Allah telah memberi rezeki untuk aku dan keluarga. Untuk kali ke-3, ada roh yang mendiami rahim kurnian Allah ini. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. aku dah boleh agak masa cuti sekolah bulan 12 yang lalu.. aku dah mula pening2 dan muntah2. Aku dah boleh rasakan wlp secara rasminya aku belum disahkan mengandung. Sebab kedua2 anak aku sebelum ni pun mcm tu. Belum sempat check dengan pregnancy test kit pn aku dah mula muntah2 n mual yang agak teruk. Aku memang tersangat excited walaupun untuk kali ke3. Memang aku inginkan cahaya mata untuk tahun 2016 dan alhamdulillah Allah permudahkan rezeki untuk aku.
tapi kali ini,... ya Allah dugaannya hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Sebelum ni aku tak pernah menangis sepanjang mengandungkan 'Izzul dan Irina... tetapi kali ini aku tak mampu nak menahan.. air mata selalu tumpah. Badan aku tak mampu.. Muntah sepanjang hari, perut yang sentiasa meloya, angin satu badan, pening dan sakit kepala berpanjangan.. badan pula lesu lesu selesu lesunya sehingga kadang2 aku tidak mampu bernafas dengan betul. buat kerja satu pun aku tak mampu buat. Rumah sudah mula bersepah dan aku mula stress bila tengok rumah tidak berkemas. Ya Allah.. hanya Allah yang tahu betapa hati aku menangis bila aku tak bertenaga untuk menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan ibu. Tekanan sangat menghantui aku lebih2 lagi apabila sudah beberapa kali aku hanya terbaring di sekolah.. tidak masuk kelas kerana terlampau pening, mabuk dan muntah2 berpanjangan. Terus terang aku katakan aku sangat stress. Apalah agaknya tanggapan pelajar2 aku? mungkin kah mereka mengatakan aku cikgu yang malas untuk masuk mengajar? Aku susah untuk tersenyum seperti biasa kerana mabuk dan sakit yang aku alami. Tetapi aku tetap reda. Aku tetap berdoa supaya Allah memberikan kesihatan yang baik kepada anak yang aku kandung.. tidak mengapa andai aku yang menanggung segala seksa. Mungkin inilah perngorbanan seorang ibu seperti aku.. sekarang pun aku sudah tidak mampu untuk menulis dengan lebih panjang.. mencucuk2 kepala ni. mual2 sudah mula datang. Moga Allah permudahkan aku...