Khamis, 24 Disember 2015

Blog dah berhabuk

Ya Allah Ya Tuhanku... cepatnya 2015 ni berlalu. Aku rasa macam tak sempat nak buat apa-apa... Pejam celik pejam.. pastu celik lagi.. tahun 2015 dah hampir ke penghujung.. Aku seperti biasa masih membuat kerja yang tak pernah habis. Tak perlu rasanya untuk aku senaraikan di sini dan menambahkan stress yang tersedia ada ni... Entri dalam blog ni pun tak sempat untuk aku siapkan. Asyik duk jadi draft je. Hehe. Rugi rasanya tidak mencatatkan segala-galanya dalam dalam blog ni. Pasti banyak kenangan indah yang akan aku lupa. Yerla nama pun manusia pasti lupa. Aku pun semakin lama semakin hilang idea untuk menulis. Tidak seperti satu ketika dahulu.. waktu aku muda-muda dulu.. setakat menulis 2 ke 30 helai tu apala sangat. Sekejap pun boleh siap. Ceh, ayat ni berbau berlagak.. tapi tak sebenarnya.. hehe. Tapi sekarang, ya Allah nak menulis satu perenggan pun betapa liat keras dan kematunya tangan aku ni ha... Tu la. Masa akan merubah segala-galanya... Moga aku lebih rajin untuk menulis agar segala ketuat dan kematu di jari aku ni akan hilang dan hobi menulis aku akan kembali.. hohoho. Ye ke tu ek??? Apa-apa pun sebenarnya aku menulis pada jam 1.30 pagi bertemankan seekor lipas yang semakin dekat dan semakin mendebarkan hati serta jantung aku...aku benci lipas. Lagi2 bila si lipas dah tahap terbang2.. nak je aku tangkap bagi ikan kaloi ma aku makan. Tapi apakan daya, aku tidak punya keberanian seperti itu. Pandang dengan penuh waspada je la aku mampu. hoho. Aku duk tunggu si tenet lembab ni mengupdate antivirus kaspersky aku ni ha... laptop buruk lagi uzur aku ni nampaknya dah diserang oleh malware yang menyampah lagi menyemakkan otak aku.. suka sangat si malware ni menyorokkan segala bagai file aku.. Hei si malware ko tau tak betapa aku ni tak punya masa nak main2 dengan ko? haishhh geram pulak rasanya duk main sorok2 cikucak dengan spesies malware yang tak reti bahasa dan tak pernah belajar bahasa Melayu ni.. Apa yang aku merepek ni sebenarnya?? Bertemankan teh ais yang sangat kawwww... aku layankan aje tenet lembab ni. Haishhhhhh...harap2 kuasa dragon ball yang ada pada karpersky ni mampu menghapuskan malware dari terus menjelma di laptop aku. Penat tauuuu nak bagi file aku semua tu ada balik. Tak larat.. hohoho. 
Yezzzzzaaaa... selepas tenet lembab berjaya mengemasikini karpersky aku... malware itu telah berjaya didelete tanpa belas kasihan. Nyah lah kau dari hidup aku ni. Malware ni sama spesies je ngan lipas terbang tadi. Entah ke mana dah si lipas tadi. Jangan ko masuk dalam kain baju aku sudah. Mau melompat sampai ke bumbung aku ni ha klau penangan lipas ni. Nanti tak pasal2 terpenyek jugak ko si lipas. Okla... tak nak dah aku merapu merapan seorang diri. Nak siapkan kerja. Kang tak pasal2 kerja aku tertangguh untuk sekian kalinya..
Assalamualaikum...
p/s: kenapa aku letak gambar orked ek?? sebab aku memang suka giler2nya kat bunga orked. hehehehehhehe. Tak hingin aku buh gambar lipas kat sini. hehehehe.

Isnin, 16 November 2015

Selamat Menduduki SPM 2015 Batch 1115

2 November 2015
Cikgu ucapkan selamat menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi semua pelajar Tingkatan 5 di seluruh Malaysia terutamanya pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin. Terlambat sedikit untuk membuat entri ucapan selamat kerana sibuk dengan tugasan harian sebagai seorang guru yang semakin bertambah. Walaupun sekolah hampir ke penghujungnya, kerja-kerja guru tidak pernah berkurangan sebaliknya semakin bertambah. Walau bagaimanapun, para pelajar cikgu adalah menjadi keutamaan. Tiada kata seindah bahasa untuk cikgu ucapkan kepada semua pelajar kesayangan cikgu. Hanya doa yang selalu cikgu titipkan buat kalian.  Semoga segala tunjuk ajar cikgu-cikgu selamat ini akan terus menjadi ingatan. Moga Allah permudahkan segala urusan kalian dunia dan akhirat. Kita telah berusaha sedaya yang mampu. Kini, segala-galanya kita serahkan kepada Yang Maha Berkuasa. Kita hanya mampu berusaha, Allah jua yang menentukan. Namun begitu, cikgu percaya Allah akan memberikan ganjaran setimpal dengan usaha yang telah kalian lakukan. Insya-Allah sama-sama kita doakan agar kejayaan adalah milik kita. Cuma yang cikgu harapkan, walaupun sesi persekolahan tamat tidak lama lagi, kalian tidak akan pernah melupakan nasihat-nasihat yang berguna. Hidupla di dunia ini dengan mematuhi segala syariat Allah. Jangan hanya mengejar kejayaan dunia tetapi kejayaan akhirat dilupakan. Cikgu tidak mampu untuk berceloteh panjang memandangkan masih terlalu banyak kerja yang perlu cikgu selesaikan. Semoga kita akan ketemu lagi. Cikgu sayang anak-anak murid cikgu tanpa syarat.. جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا







Sabtu, 14 November 2015

Tahniah buat Adik Bongsuku - Mohd Shauti / Uti / Bud / Pok Mat / Busu / Pak Su


Pejam celik pejam celik… adik bongsu aku sudah berumur 26 tahun. Masa berlalu dengan begitu cepat… akhirnya adik aku Mohd Shauti Ghazali @ Mohd Zain telah berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam. Tahniah sekali lagi. Kami sekeluarga tumpang gembira dan bangga dengan kejayaan ini. Kakakmu ni rasanya dah tak mampu nak menyambung pelajaran ke tahap master. Tumpang gembira dan bangga aje la apabila adik2 berjaya belajar sehigga ke peringkat Master. Moga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada anak-anak kecil dalam keluarga kita. Alhamdulillah dah dapat kerja pun… Maafla tak dapat pergi masa konvokesyen hari tu. Kerja ma..... hehe. جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

Ma tersenyum duk sebelah Busu

Sebab Aku Pilih Little Caliphs Kindergarten

Setelah aku dan suami berbincang sekian lama, tak la bincang lama sangat sebenarnya.. situasi sebenarnya aku yang duk potpet bagitau tadika ni macam mana, tadika tu macam ni, suami aku angguk je, hehehe. tapi akhirnya dia pun bersetuju untuk pilih pendidikan di Little Caliphs untuk anak syurga kami.. dikira berbincang jugak la tu kan? Ok, sebelum ini aku pernah bercerita secara ringkas kriteria pemilihan tadika pada pandangan aku.. sekarang aku ingin berkongsi sbab aku dan suami bersetuju memilih Little Caliphs Kindergarten untuk anak aku. 

Selepas aku dan suami bersetuju untuk Little Caliphs, aku dah duk fikir2 siapa nanti yang nak hantar dan ambil anak aku.. sebab pada mulanya tadika LC agak jauh dengan kedudukan rumah aku. x la jauh sangat sebenarnya tapi akan ambil masa campur traffc light, jem, kelam kelibut lebih 30 minit untuk pergi dan patah balik rumah. Lagi2 la aku ni pasti kelam kelabut mana nak ke tempat kerja, nak hantar anak ke rumah pengasuh, jadi aku termenung sekali lagi. Tapi alhamdulillah, perancangan Allah itu yang terbaik. Entah macam mana aku terpandang banner kat simpang rumah aku. Ya Allah, Allah telah permudahkan urusan aku.. ada LC buka branch baru di kulim. Tersangat2 dekat dengan rumah aku. 5 mnit pergi balik je.. Alhamdulillah aku bersyukur sangat waktu tu. Jadi banyak kali jugakla aku duk terjeling2 banner LC. Yerla takut terlepas peluang nak daftar anak kat situ. Risau jugakla kan kot2 kuota diorang dah penuh. Jenuh plak aku.. Terus aku call dan set kan perjumpaan untuk tau lebih lanjut pasal LC ni. Kira bersungguh2 la aku ni. Yerla, masa tu dah akhir tahun 2014. Anak aku dah 3 tahun.

tapi aku ringkaskan sahaja perbualan aku dengan principle kat situ dan aku sangat berpuas hati dengan penerangan yang diberikan. Waktu aku ke LC Taman Kemuning,  masa tu masih kosong tak ada apa2. Yang aku ingat ada beberapa kerusi sahaja. Aku faham sebab diorang masih dalam persediaan dan waktu tu baru buka untuk pendaftaran. Ni ha, lokasi LC Taman Kemuning yang aku maksudkan. 

Ok, dari tadi aku janji nak bagitau sebab aku memilih LC kan? Dalam entri aku sebelum ni, aku dah bagitau kriteria pemilihan tadika yang aku nak, dan aku rasa LC mempunyai 2 kriteria yang katakan tu. Alhamdulillah aku memberikan sepenuh kepercayaan kepada guru2 LC Taman Kemuning untuk mendidik anak aku nanti. Selain kriteria tersebut korang boleh tengok kat diorang punya banner je. Jap, aku tempek kat sini.


ha.. korang tengok ek..  Pandai Solat, Pandai Baca seawal 4 Tahun, Itulah yang aku nak. Pandai SOLAT tu yang paling utama. Bagi aku perkara yang paling membahagiakan aku sebagai seorang ibu adalah apabila anak2 aku menjadi seorang yang beriman dan bertakwa pada Allah. Insya Allah mereka akan menjadi saham kita di dunia dan akhirat. dan
entah kenapa melalui penerangan principle diorang dengan terperinci tu, naluri aku sangat kuat mengatakan di sini lah insyaAllah anak aku akan dididik dengan baik. Banyak lagi penerangan dri Princple LC Taman Kemuning ni bagitau tapi aku ni biasala kan manusia biasa.. sudah terlupa. Yang aku ingat dia bagi penerangan bagi silibus, kaedah pengajaran dan pembelajaran, buku yang dikeluarkan sendiri oleh Puan Sabariah pengasas LC ni. Semua silibus LC ni tak kira matematik ke, sains ke semua dikaitkan dengan ilmu agama, kaitan ilmu dan kehidupan ni dengan Tuhan. Buku2 nya lain dari yang lain dan aku sangat2 suka. Ok, contoh paling senanng dalam ilmu mengenal anggota badan.. LC ni bukan sahaja mengajar mengenal anggota bdan seperti mata dll tapi silibus diorang juga mengajar anak2 kita sebab Allah jadikan mata, sebab Allah jadikan tangan dll. Ha... korang jawabla.. Kalau tak tau jawapannya kena belajar di LC la. kuikui. Jadi, dari situ aku rasa pendekatan LC ni mendekatkan anak2 kita dengan Allah. Sudah semestinya yang itulah aku mahu. Oh ya, satu lagi diorang ni ada Program Pra Tahfiz untuk anak2 yg berumur 6 tahun tetapi syaratnya menyertai LC dari umur 4 tahun. Lagila, aku jatuh hati. Huhu

ok, mengenai Yuran di LC ni plak,,.. bagi aku masih ok. Ramai juga yang aku baca dan dapat pandangan dari kawan2 yang mengatakan LC ni yurannya agak mahal berbanding tadika2 yang lain. Hurmmmm aku pun fikir panjang jugak mengenai yuran ni. Ok, yurannya aku x ingat detail, nak tunjuk resit dah xtau ke mana resit tu. Apala aku ni,,, tapi aku ringkaskan...

Sesi tadika : dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (yurannya RM250.00)
Sesi tadika + jagaan selepas tadika : dari pukul 8.00 pagi hingga 7.00 malam (yurannya RM380.00)

korang faham x ni? hehe. bayaran pendaftarannya dalam 1k lebih, Aku lupa tapi ni semuanya dah termasuk bayaran baju sekolah (2 helai), baju hari rabu riadah (sehelai), baju sukan tahunan (1 helai) beg sekolah, alatan tulis dan buku2, event, makanan (pagi dan petang) dan lain2 la. Aku bayar 2x gakla. RM500 masa nak daftar dan selebihnya sebelum sesi pembelajaran bermula.

Aku pun bukanlah kerja yang gaji puluh2 riban 2.. cukup2 makan je. Tapi aku dan suami sanggup berkorban apa sahaja untuk anak2. Biarlah aku x selalu beli baju baru asalkan anak aku dapat pembelajaran terbaik. InsyaAllah. Aku juga yakin rezeki anak2 tu ada.. pasti cukup. Kalau x, duit gaji aku habis juga ke mana-mana jadi lebih baik aku laburkan untuk perkara yang baik. Aku pejamkan mata untuk ambil sesi tadika dan jagaan selepas tadika sebab aku tau dah tiap2 hari aku pulang lambat. 


Jadi, terpulanglah pada ibu2, mama2 di luar sana. Masing2 ada pandangan. Ni pendapat aku sahaja. Ikhlas dari hati. Korang tau tak kenapa aku buat entri selepas sekian lama? selepas hampir setahun anak aku belajar di LC Taman Kemuning? Sebab aku dpt tengok banyak perkembangan positif anak aku tu.. Jadi, rugi klau aku x kongsi perkara baik macam ni pada ibu2 di luar sana. Aku tahu sebagai ibu bapa, kita berkongsi doa yang sama, iaitu semoga anak2 kita dirahmati dan diberkati Allah di dunia dan akhirat. Amin, moga dimakbulkan Allah. ok ni kat bawah aku belanja gambar anak aku berbaju LC. Hepi je dia.. hehe. جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا


Si Orked Manis - Irina Nur Islam bt. Mohd Lokman

Hari ini ibu nak bercerita mengenai sekuntum bunga orked yang cantik lagi manis yang sedang mekar di rumah ibu... Siapa si bunga orked tu? Mestila anak gadis ibu yang tersaaaaaaannggggaaaattttt ibu sayangi, kasihi, cintai, rindui, geram nak gomoi2.. Irina Nur Islam binti Mohd Lokman. Sebelum ni ibu tak pernah lagi bercerita mengenai anak ibu yang bambam ni. Bukan kerana tak sayang ataupun lupa, tetapi masih tidak berkesempatan... sekarang ada masa sikit, jadi ibu kongsi cerita tentang adik kepada Muhammad 'Izzul Islam ni..


Sebelum ingatan ibu dimamah usia, ibu ingin catatkan di ruangan maya ini mengenai satu tabiat Irina. Biarlah tulisan dan gambar-gambar di dalam blog ini menjadi bukti kukuh apabila Irina sudah meningkat dewasa dan menjadi sekuntum orked yang sangat indah.. Kenapa ibu mengaitkan Irina dengan bunga orkid? Bukan bunga mawar yang sering dikaitkan sebagai lambang seorang wanita??? Hurmmmm rasanya agak panjang kalau ibu nak terangkan di sini. Lain kali la yer.. memandangkan hari ini makin menjadi2 plak sakit kepala ibu ni ha. 






Ha.... ni la tabiat anak dara ibu ni. Pantang jumpa kapas ke, debu ke, tali ke semua nak letak kat hidung. Bantal Irina ni ke mana2 pun Irina bawak. Kalau nak tido wajib ada bantal ni untuk adik ambil talinya dan letak kat hidung. Hehe. Perangai ni tak ada la pula kat abang 'Izzul. Sampaikan bila ibu nak tido pun pandai2 je Irina ambil tali ni letak kat hidung ibu. Irina ingat ibu pun macam Irina ke? Hehe. Tapi perangai Irina selalu buat abah dan ibu tergelak. Apa-apa la sayangku.. Ibu doakan adik bakal menjadi muslimah sejati. Hiasan dunia dan syurga yang terindah. Jadilah muslimah yang pandai menjaga diri, yang berani mempertahankan maruahmu, yang kuat dalam memperjuangkan agama Islam. InsyaAllah.. sama-sama kita berusaha untuk ke syurga Allah. Insya-Allah. Amin. 
جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا


Kriteria Pemilihan Tadika untuk Anak-Anak

Tahun 2015 dah hampir ke peghujungnya. Aku yakin ramai ibu bapa di luar sana mula mencari2 maklumat mengenai tadika / taska / tabika untuk anak2 yang sudah sampai masa untuk ke sekolah.

Tadika mana yang sesuai untuk anak2 aku? Ok x tadika tu? Apa kelebihan tadika tu?

Persoalan ni pernah bermain-main dalam fikiran aku dulu... Al-maklumlah, anak sulung kan? Waktu anak aku, Muhammad 'Izzul Islam tu berumur 2 tahun, aku dah terfikir-fikir. Excited sangat sampaikan aku sanggup bawak kereta meredah tempat aku, meninjau-ninjau tadika yang berdekatan dengan rumah aku. Penat pun tak apa asalkan aku rasa puas hati. Lepas duk tertinjauh-tinjau tu, aku google plak. Baca dari satu blog ke blog mak ayah yang ambil berat pasal pendidikan awal untuk anak2 diorang. Terima kasih buat semua blogger tu sebab aku dapat banyak gak info pasal tadika ni. Rupa2nya punyalah banyak tadika. Aku mula la pening. Tapi dalam kepala aku, ada beberapa ciri-ciri tadika yang aku nak untuk anak-anak aku. Antara kriteria pemilihan tadika yang WAJIB ada ialah:

1. BERCIRIKAN PEMBELAJARAN ISLAM
yang ni paling aku titik beratkan kerana bagi aku, pendidikan agama tu yang paling penting berbanding yang lain. kerana aku yakin, kalau di dada anak2 tu sudah tersemat ilmu agama, insyaAllah ilmu lain dengan senangnya anak2 kita dapat. Lagi2 la sekarang dengan masalah sosial sangat serius. Hanya ilmu agama je yang dapat bantu anak2 kita. Kalaula aku mati, anak2 aku dah ada ilmu agama yang pasti tidak akan memesongkan pemikiran anak2 aku. sampai ke situ aku fikir. Bukan apa, aku nak yang terbaik untuk anak2. Biarlah mereka mendapat keberkatan di dunia dan akhirat

2. KEADAAN PERSEKITARAN
Aku sangat2 mementingkan keadaan persekitaran kerana bagi aku faktor persekitaran ni sangat mempengaruhi pembentukan akhlak dan sahsiah diri anak2. Maksud persekitaran ni bagi aku merangkumi guru-guru yang mengajar anak2 aku danh keadaan fizikal tempat pembelajaran tu. Bagi aku, guru-guru ini sangat penting kerana mereka lah yang akan mendidik anak2 aku nanti. Guru-guru yang baik insyaAllah akan membentuk anak2 yang baik. Itu aku sentiasa doakan. Keadaan fizikal pula bukanlah sepenuhnya aku tengok pada bangunan tu tapi lebih kepada kebersihan persekitaran. Kalau tidak bersih dan kotor, macam mana anak2 kita senang untuk belajar. Tempat yang bersih adalah tempat tebaik untuk pembelajaran. Bukan apa, aku pernah mendengar kawan2 yang bercerita mengenai tadika yang sangat kotor. Kebersihan anak2 tidak dijaga dengan baik. Pantang bagi aku. Yerla takut juga apabila anak2 dh terbiasa dengan keadaan kotor, jadi pemikiran mereka pun akan terpengaruh sama. Jadi, itu yang aku cuba elakkan.

2 kriteria ini lah yang paling aku utamakan. Jadi, kriteria2 lain tu aku tengok juga. Mana2 tadika yang menyediakan pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris, komputer dan sebagainya menjadi bonus la.. Pening jugak sebenarnya nak pilih ni. Tapi alhamdulillah Allah gerakkan hati aku untuk meninjau2 tadika ni semenjak anak aku berumur 2 tahun. Jadi, aku mempunyai tempoh yang cukup untuk membuat pemilihan. Sepanjang masa tu, aku mula la duk fikir2 bagaimanalah agaknya apabila anak aku dah mula memasuki alam persekolahan. Tersenyum sorang2 pun ada, runsing pun ada.. kira mcm2 rasa la.. 
Akhirnya selepas meneliti semuanya aku dan suami telah bersetuju untuk memilih 


nanti dalam entri seterusnya aku akan bagitau sebab aku dan suami bersetuju memilih Little Caliphs Kindergarten untuk anak2 aku.. Jangan salah faham pula, aku tidak mengecilkan mana2 tadika yang lain cuma bagi aku, sebagai seorang ibu, aku kena buat keputusan yang terbaik untuk anak2 aku dan aku sentiasa berdoa pada Allah, semoga sebarang keputusan yang aku buat untuk anak2 aku adalah keputusan yang tepat. Amin Ya Allah. sebaik2 perancang adalah Allah. Jadi, ibu2 yang duk meninjau2 macam aku dulu boleh teruskan sebab aku tahu korang adalah seorang ibu yang terbaik dan inginkan yang terbaik juga untuk anak2. Harap2 boleh membantu sedikit sebanyak. Opss,... jangan tersalah sangka, saya x dapat apa2 pun dari pihak LC, x ada kepentingan apa2 cuma berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu sahja. hehe. Kita sama2 kongsi ya. جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا


Khamis, 12 November 2015

Mee Udang kat Pulau Aman

Cerita ni sebenarnya cerita semalam. Hari apa ek semalam? Oh, hari Rabu. Aku janji kat Ma Abah dan adik aku Syam nak bawa diorang ke Pulau Aman. Nak makan2 fresh seafood la konon. Huhu. Lebih kurang jam 12 tengah hari aku bertolak dari rumah aku. Tak jauh pun Kulim ngan Pulau Aman. Sampai je kat sana, nak ke Pulau Aman lagi damai tu kena naik bot. Dah tak naik bot takkan nak berenang pulak kan?? Mau karam di lautan kalau spesies badan berat macam aku ni berenang. Yang aku seronok sangat nak ke Pulau Aman ni bukan sebab aku nak makan seafood tu.. tapi aku suka sangat kueh tradisional tu nama apa ntah. Aku pun tak pasti betul ke tak nama kueh tu. Kueh sepit ke.. kueh kapit ke.. lebih kurang la 2.. tapi yang pasti orang Pulau Aman ni pandai buat kueh tu. Sedap weh. Kepala otak aku dah mula melelehkan angan2 nak membeli kueh sepit tu 2 3 balang. Sedappp ooooo ..
Bila sampai kat Jeti Pulau Aman tu orang agak ramai. Aku punya la dengan berhemah sopan beratur. Dengan selamba zirafahnya diorang yang macam tak belajar sivik ni melangkah melangkaui aku yang beratur lurus macam nak menyanyi lagu Negaraku ni. Abah aku dah mula bising. Suruh aku cepatla. Nanti orang makin potong line la. Macam2. Aku pula mula la mengatur kata2 manis supaya didengari semua makhluk berotak berakal yang bernama manusia kat situ. Selamba je aku membidas diorang walaupun dengan nada yang sangat lembut. Lain kali pandaila hormat orang. Beratur. Tunggu giliran. Nak kira lapar dan nak cepat, semua orang lapar, semua orang nak cepat. Mati je semua orang tak nak cepat aku rasa. Budak2 tadika pun pandai beratur takkanla yang dah tua kerepot tak reti kot. Panjang plak aku bebel nya. Biasala dah terbiasa tengok anak2 murid kesayangan aku beratur. Hohoho.
Ok, nak cerita... bayaran pergi balik ke Pulau Aman tu untuk dewasa RM6.00 seorang. Anak2 aku yang umur 2 dan 4 tahun tu semua tak kena bayar.




Tapi serius la aku cakap. Aku agak kesal ngan keadaan Pulau Aman sekarang. Berbanding kali pertama aku jejakkan kaki ke Pulau Aman masa tahun 2009, kawasan Pulau Aman ketika tu masih bersih dan teratur. Sekarang nampak kurang bersih dan kurang teratur. Sayangla kalau tempat2 macam ni tak dijaga. Aset kot ni.. tak jaga rugila. Rasa nak je aku ambil penyapu dan sapu2 sampah2 yang menyakitkan mata tu. Tandas awam tak usah cerita la. Tandas nuh jauh di sana tapi baunya sudah menjentik2 hidung aku. Kurang enak sungguh. Terpaksa la aku kembang kempis menahan nafas takut kurang selera nak menjamu selepas tu. Aku rasa kerajaan perlu buat sesuatu. Sesuatu tu apa.. jangan tanya aku sebab aku bukan kerajaan, aku hanyalah manusia yang bekerja dengan kerajaan. Hoho.
Aku memang tak mahu berjalan jauh sebab Abah aku dah sakit kaki, sakit badan. Biasala bila dah umur 70-an, sakit2 badan ni perkara normal. Aku terus ke kedai makan pertama. Apa ntah namanya. Seingat aku Restoran Terapung Pulau Aman. Nama punyala terapung walaupun tak terapung pun. Sebelum masuk ke kedai tu, kat sebelah kiri ada jual lauk2 dari laut l. Kita boleh beli dan minta diorang yang masakkan. Harga mahal ke tak aku pun tak pasti. Yang jadi sedikit kekesalan, semalam tangkapan laut dah tak banyak. Udang tak ada, sotong tak ada. Kira macam semua tak adala. Dah habis ke.. nelayan tak turun ke laut ke.. aku pun tak pasti. Niat nak belanja family dah menampakkan ketidakmenjadiannya. Alahai.  Terpaksa la aku pesan mee udang je. Adik aku dah bebel2 dah. Penat telinga aku mendengarnya. Diorang semua pesan mee udang spesial. Aku je pesan nasi goreng udang spesial. Nampak gaya bukan selera ma abah dan adik aku. Hahhahahahaa. Sian diorang penat2 datang tapi banyak pula yang tak kenanya. Mi udang spesial tu harganya RM10 seorang. Udangnya boleh tahanla besarnya. Kenyang la kalau makan tu. Tahap kebersihan restoran ni aku bagi B je. Maaf terpaksa berkata benar. Hoho. Pilihan di tangan korang.


Yang paling aku frust..   kueh sepit pun tak ada. Tutup. Huaaaaaaa

Korang layan la gambar tu. Perasaan aku penat sebab dah kempunan nak makan kueh sepit tu. Penat aku membayangkan kesedapan kueh tu sepanjang perjalanan dari Kulim ke Pulau Aman. Assalamualaikum.
جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

Char Kue Tiau di Sungai Dua

Hari ini aku ambil cuti rehat khas mengejut. Ceh mengejut pulak. Yerla.. tanpa dirancang. Kesian apabila tengok ma abah aku yang tak berapa nak sihat nak drive ke alor star... dahla tak tau jalan. Bukan niat aku untuk ambil cuti tanpa dirancang ni. Rasa kasihan pada orang tua aku tu sangat kuat. Aku mesej bos aku bagitau terpaksa mengambil cuti demi menghantar ma abah aku ke rumah abang. Harap2 dia faham. Aku tak pernah pun berharap orang nak faham aku. Tapi, asalkan aku rasa apa yang aku buat tu betul, aku buat je la. Bagi aku ma abah aku adalah orang yang terpenting selepas suami aku. Tanpa kasih sayang mereka, siapalah aku. Huishhh panjang pulak aku merapek nya. Jadi, pagi2 aku dah bersiap2 untuk ke Alor Star. Ala.. tak jauh mana pun dari Kulim. Lebih kurang sejam 15 minit je. Kalau bawak kete laju, lagi kejapla. Sampai melayang3 kereta. Hohoho. Tak mampula nak melayangkan kereta sekarang ni.
Bertolak pukul 10.30 pagi, aku sampai ke rumah abang aku jam 11.30 pagi. Bukan aku yang drive, tapi suami tercenta ku. Hoho. Ok sekian, malas nak merepek. Aku nak cerita pasal aku makan char kuetiau sebenarnya. Aduyai. Ok lepas maghrib aku pulang bersama suami, adik dan anak2 ku ke Kulim tercenta. Gatai plak adik aku nak menyinggah ke kedai char kuetiau ni. Perut aku kenyang lagi sebenarnya. Satu g aku dah tertido dalam kete. Ninja aku pun dah tak tau ke mana dah. Aku turun tanpa menjadi ninja hari ni. Huahuahua.. sebenarnya semalam adik aku ni dh beria datang sini tapi rupa2nya kedai ni tutup setiap hari Rabu. Alahai.. buat penat je semalam round Permatang Pauh la... Sungai Dua la.  Semata2 nak cari char kuetiau. Last2 aku makan kat Kulim gak semalam. Tapi alhamdulillah hari ni rezki nak makan tu Allah bagi so.. menapak la kami. Aku ni tekak Kelantan tapi boleh terima la makanan femes orang peneng ni. Kira boleeeeehhhhhlaaaa.. sedap gakla. Aku pun bukanla hantu udang nak melahap sampai berpinggan3 udang.. jadi aku rasa aku bagi la skor kat char kuetiau Sungai Dua ni A. Susah nak dapat A+ ngan cikgu mcm aku ni. Kedekut markah macam biasa. Hohoho.  Walaupun dah banyak kali aku makan terutamanya masa bujang2 dulu tapi tahap keinginan aku pada char kuetiau ni tak pernah meningkat pun. Aku hanya akan cari kedai char kuetiau bila adik aku Si Hisyam ni datang ke rumah aku. Layan je la tekak mamat ni. Semua sedap. Haippp..
Hari ni baru aku amik perhatian. Rupa2nya char kuetiau spesial kat sini harganya rm5.50. Bagi aku murah gakla. Walaupun kuetiau nya x banyak tapi dh cukup kenyang untuk aku. Aku ni badan je besar tapi makan sikit pun dh boleh kenyang. Makan sikit pun gemuk gak. Haip. Sakit ati betul. Ok stop merepek pasal isu yang selalu bikin aku stress ni. Pastu sekarang ni aku dukla menaip dalam kereta sambil2 menunggu sampai depan pintu rumah aku di Kulim nu ha. Layankan je la gambar2 yang tak seberapa ni. Tapi serius kedai ni antara yang boleh dipuji.. cepat, tangkas, bersih. Kira tu kriteria yang ramai orang nak bila sampai kat mana2 restoren. Hehe. Orang memang penuh kedai. Murah rezki diorang ni. Alhamdulillah. Bila perut dah kenyang idea nak menulis pun kureng.. rasa nak tido je. Tapi dalam kepala nak siapkan kerja menanda kertas peperiksaan bebudak tingkatan 2 yang dikasihi dicintaiiii sangat2 ni.
Pandangan dari jalan seberang kedai diorang Sungai Dua Char Koay Teow
P/s: ejaan yang betul dalam kamus KUETIAU

Ni char kuetiau spesial. Bezanya ada telur mata. Tapi ni yang adik aku punya dapat 2 biji pulak telur matanya. Sepasang la biji mata ko dapat Syam 

Cawangan baharu diorang kat Seri Kembangan Selangor. Orang sana tak perlu susah2 datang sini bazirkan duit minyak duit tol. Makan je kat sana.

Ni ha.. diorang cuti setiap Rabu. RABU ok? Bukan Sabtu bukan Ahad ek?? Jangan gatai2 nak datang hari Rabu. Hampeh balik ngan perut kosong 

Selasa, 8 September 2015

2 jam 35 minit sahaja??

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... sudah lama rasanya tidak menitipkan sepatah kata di ruangan maya ini. Terlalu sibuk dengan kerja menanda kertas percubaan spm tahun ni. Hari ini ada peristiwa yang ingin ibu kongsikan. Dalam kesibukan ibu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru... dalam kepala ibu asyik terngiang2 permintaan 'Izzul. Dua tiga hari ni 'Izzul selalu meminta ibu belikan kereta walaupun sudah berapa byk ibu belikan kereta utk 'Izzul. Macam2 warna ada.. kecik besar.. macam2 jenis, kereta, truck, lori, ibu pun xtau nak tulis jenis2 kereta yg 'Izzul ada. Ibu tunaikan selagi ibu rasakan permintaan 'Izzul tidak melampau.. bagi ibu, biarlah 'Izzul bermain sepuasnya... tapi janji 'Izzul jadi anak yg baik.. soleh dan bertakwa pada Allah. Itu doa yg sllu ibu pinta dengan Allah.

Hari ini selepas balik dari sekolah jam 4.15 petang, ibu terus ke kedai Wonderful yg dekat dengan sek ibu tu. Maklumla di situ bagi ibu banyak barangannya yang boleh dikatakan murah berbanding kedai2 lain. Tokey dia pn sangat2 la humble.. kalau korang x kenal dia.. mesti korang ingat dia pekerja kat situ. Seorang cina yang dah tua tapi mesra alam. Hehe. Eh melalut pula..berbalik pada cerita yang ingin ibu kongsikan.. selepas ibu mengambil masa yang agak lama, ibu memilih untuk membeli kereta polis yang ada bunyi dan ada lampu.. sebijik mcm yg 'Izzul nak.. cuma satu je.. 'Izzul nak kereta polis, tapi yg ada hanya bomba je.. tak apa la kan.. kira spesies penguatkuasa jugak tu. Hehe. Harganya cuma rm19.90. Kira murahla tu dengan boleh buka pintu keretanya, dengan sound 'polis' nya, lampu berkelip2 lagi.. mesti 'Izzul suka.. ibu tersenyum puas sebab dapat menunaikan apa yg 'Izzul inginkan.
Selepas ibu singgah ambil Irina, ibu bergegas ambil 'Izzul di tadika. Dalam kereta terus ibu berikan pada 'Izzul. Ibu tengok 'Izzul seronok sngat2. Siap melompat2 gembira. Seronoknya hati ibu melihat anak ibu segembira itu. Alhamdulillah... sampai je kat rumah ibu luangkan sedikit masa untuk bermain2 gn anak syurga ibu.. 'Izzul dan Irina.. pada Irina pun ibu belikan set buah-buahan.. ibu tahu Irina suka main belah2 buah2 gn sayur2 tu.. ibu sedaya upaya tak mahu berat sebelah, pilih kasih. Dua2 anak ibu, ibu sayang sepenuh hati. Moga anak2 ibu nanti akan sayangkan ibu dan abah juga.. InsyaAllah..
Selepas agak lama bermain dengan anak2 ibu, hari dah hampir maghrib, ibu masuk ke dapur untuk sediakan makan malam.. sebaik sahaja abah sampai ke rumah, 'Izzul beria2 ceritakan pada abah yang ibu dah beli kereta untuk 'Izzul.. ibu tahu 'Izzul suka cerita apa2 pada abah. Selepas ibu siapkan makan malam2, tiba2 'Izzul panggil ibu.. 'Izzul bagitau kereta dah rosak... mak aiiiii.. terkejut ibu. Dalam masa 2 jam 35 minit je?????? Alahai anak ibu Muhammad 'Izzul Islam.. moga dirimu dirahmati Allah duhai anak.. ibu tak marah pun... 😍😍😍

Mainan tu pun ibu tengok tidak berapa kualiti. Bila kereta tu pecah, nampak kreta tu bukan dibuat daripada plastik tapi ntah apa bahan yang digunakan. Memang jenis yg mudah pecah. Tak apala, mungkin setakat itu sahaja rezeki 'Izzul nak main kereta tu. Cuma ibu tulis ni untuk 'Izzul baca apabila 'Izzul dah dewasa. Setiap hari ibu menimba pengalaman baru sebagai seorang ibu kepada Muhammad 'Izzul Islam dan Irina Nur Islam.. Ibu syg anak2 ibu dunia dan akhirat.
جزاك اللهُ خيرًا



Ahad, 16 Ogos 2015

Hari Sukan Tahunan Little Caliphs Taman Kemuning dan Little Caliphs Sungai Jawi 2015




Ibu rasa sangat teruja apabila teacher kepada 'Izzul memberitahu Annual Sports Day LC akan diadakan pada 15 Ogos 2015. Almaklumlah inilah kali pertama anak ibu terlibat dengan hari sukan. Yerlah baru masuk ke tadika tahun ini. Sebelum ni ibu masih tidak mempunyai pengalaman... Teacher 'Izzul juga telah menyerahkan baju sukan 'Izzul kepada ibu tempoh hari.. Ya Allah terujanya bila mengetahui 'Izzul dalam rumah Red. Ibupun sama di sekolah rumah merah.. rumah Delima. hehe.

Hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Pagi2 lagi ibu telah bangun bersiap sedia. ASD tu bermula pukul 8 pagi jadi, ibu tidak mahu berlengah2. Sebagai tanda menyokong anak ibu, ibu, abah memakai baju merah, sama dengan 'Izzul. Adik Irina sahaja yang tidak memakai  baju merah kerana tak ada baju warna merah. Ibu pakaikan baju warna pink. Ala-ala merah la tu. Walaupun 'Izzul mungkin tak mengerti sebab ibu dan abah memakai baju merah sebagai tanda sokongan kepada 'Izzul, ibu sentiasa berdoa kepada Allah semoga anak2 ibu dapat merasai kasih sayang ibu dan abah kepada anak2 ibu. Amin. 

Kita semua tiba di Dewan Bandaran Kulim tepat jam 8 pagi. Sudah ada ibu bapa lain yang telah sampai. Ibu terus masuk ke dalam dewan kerana tidak mahu terlewat. Ibu dan abah terus mengambil tempat. Tetapi majlis bermula pukul 9 pagi. Ibu faham teacher2 LC sedang sibuk menguruskan anak2 LC yang memang sangat aktif. Maklumlah masing2 masih kecil. Ada yang menangis tidak mahu melepaskan tangan ibu dan ayah masing2, ada yang berpimpin tangan dengan teacher masing2, macam2 ragam ibu tengok dan semua tu buat ibu tersengeh sendiri. Alhamdulillah, 'Izzul mendengar kata. Berada dalam barisan dan memakai mahkota yang teacher 'Izzul buat. Seronok ibu tengok 'Izzul mematuhi arahan teacher. Moga 'Izzul akan membesar menjadi insan yang mematuhi syariat Islam semenjak kecil hingga ke nafas terakhir nanti. Amin.. 

Gaya Ultraman x habis2. huhu







Bagi pelajar 4 tahun menyertai sukaneka isi air dalam botol. Sempat lagu sebelum acara bermula, ibu pergi bisik di telinga 'Izzul supaya lari laju2 dan buat sungguh2. 'Izzul angguk2 sambil tersengeh. Mula2nya ibu hanya tengok dari jauh.. lepas tu pergi dekat ngan 'Izzul untuk bagi semangat pada 'Izzul. Hehe. 

Tapi yang bagusnya LC ni, semua peserta diberi medal. Bagi mereka, semua pelajar mereka tidak ada yang kalah. Ibu suka dengan pendekatan ini kerana anak2 tidak berasa terpinggir.. Alhamdulillah. 


'Izzul seronok dapat madel


Ada jugak aktiviti anak-anak bersama dengan ibu bapa. Abah dan ibu pun turut serta. ni aktiviti anak-anak kena kopek kulit pisang dan suap kat mulut mak ayah. Hehe. Nak tergelak pun ada bila tengok anak2 bersungguh2. Ibu plak sampai tak tertelan pisang sebab cepat2 nak makan pisang, x mampu la.. Abah je sekali ngap je habis sebiji pisang. Hehe.
Abah dan 'Izzul bekejasama. Hehe
Alhamdulillah selepas selesai acara untuk pelajar 4, 5, dan 6 tahun diikuti acara untuk ibu bapa, majlis selesai lebih kurang jam 11 pagi, Terima kasih ibu ucapkan kepada LC Taman Kemuning dan LC Sungai Jawi sebab berjaya melaksanakan Hari Sukan Tahunan LC TK dan SJ tahun 2015. Sebaik sahaja sampai rumah, lepas makan tengah hari, semua tertido dengan bergayanya. Insya-Allah kalau panjang umur, tahun depan kita sertai lagi hari sukan tahunan ini. جزاك اللهُ خيرًا

Khamis, 13 Ogos 2015

Berusahalah Anak-anakku..

Hari ini dalam keadaan tidak berapa sihat, sedikit rasa sejuk.. tetiba hati ingin membuat satu blog baharu walaupun sebenarnya sudah memiliki satu blog lain. Blog ini bertujuan untuk menyimpan kerja-kerja rasmi berkaitan kerja dan sekolah termasuk sekali hal-hal peribadi. takut x mampu nak urus blog yang banyak... 

Pejam celik pejam celik, tahun 2015 mula hampir ke penghujung. 1 Januari 2015 seolah-olah baru bermula. Masih banyak kerja yang belum selesai, masih banyak hajat yang masih belum dipenuhi tetapi ternyata masa semenjak dulu masih utuh dengan pendiriannya.. Masa tidak akan sekali-kali menangguhkan detiknya semata-mata kerana seorang insan yang liat untuk berusaha.. Masa akan terus berlalu meninggalkan insan yang tidak pandai menghargainya... kerana terlalu sibuk, manusia lupa dengan masa.. lupa bagaimana pantasnya masa itu.. 

Minggu ini telah bermula Peperiksaan Percubaan SPM bagi SBP bagi tahun 2015. Cikgu sentiasa doakan pelajar-pelajar cikgu menduduki peperiksaan dalam keadaan tenang dan dapat menjawab peperiksaan dengan terbaik. Kalian sentiasa dalam doa cikgu. 
Salam sayang dari cikgu.. Jzkk..