Hari ini aku ambil cuti rehat khas mengejut. Ceh mengejut pulak. Yerla.. tanpa dirancang. Kesian apabila tengok ma abah aku yang tak berapa nak sihat nak drive ke alor star... dahla tak tau jalan. Bukan niat aku untuk ambil cuti tanpa dirancang ni. Rasa kasihan pada orang tua aku tu sangat kuat. Aku mesej bos aku bagitau terpaksa mengambil cuti demi menghantar ma abah aku ke rumah abang. Harap2 dia faham. Aku tak pernah pun berharap orang nak faham aku. Tapi, asalkan aku rasa apa yang aku buat tu betul, aku buat je la. Bagi aku ma abah aku adalah orang yang terpenting selepas suami aku. Tanpa kasih sayang mereka, siapalah aku. Huishhh panjang pulak aku merapek nya. Jadi, pagi2 aku dah bersiap2 untuk ke Alor Star. Ala.. tak jauh mana pun dari Kulim. Lebih kurang sejam 15 minit je. Kalau bawak kete laju, lagi kejapla. Sampai melayang3 kereta. Hohoho. Tak mampula nak melayangkan kereta sekarang ni.
Bertolak pukul 10.30 pagi, aku sampai ke rumah abang aku jam 11.30 pagi. Bukan aku yang drive, tapi suami tercenta ku. Hoho. Ok sekian, malas nak merepek. Aku nak cerita pasal aku makan char kuetiau sebenarnya. Aduyai. Ok lepas maghrib aku pulang bersama suami, adik dan anak2 ku ke Kulim tercenta. Gatai plak adik aku nak menyinggah ke kedai char kuetiau ni. Perut aku kenyang lagi sebenarnya. Satu g aku dah tertido dalam kete. Ninja aku pun dah tak tau ke mana dah. Aku turun tanpa menjadi ninja hari ni. Huahuahua.. sebenarnya semalam adik aku ni dh beria datang sini tapi rupa2nya kedai ni tutup setiap hari Rabu. Alahai.. buat penat je semalam round Permatang Pauh la... Sungai Dua la. Semata2 nak cari char kuetiau. Last2 aku makan kat Kulim gak semalam. Tapi alhamdulillah hari ni rezki nak makan tu Allah bagi so.. menapak la kami. Aku ni tekak Kelantan tapi boleh terima la makanan femes orang peneng ni. Kira boleeeeehhhhhlaaaa.. sedap gakla. Aku pun bukanla hantu udang nak melahap sampai berpinggan3 udang.. jadi aku rasa aku bagi la skor kat char kuetiau Sungai Dua ni A. Susah nak dapat A+ ngan cikgu mcm aku ni. Kedekut markah macam biasa. Hohoho. Walaupun dah banyak kali aku makan terutamanya masa bujang2 dulu tapi tahap keinginan aku pada char kuetiau ni tak pernah meningkat pun. Aku hanya akan cari kedai char kuetiau bila adik aku Si Hisyam ni datang ke rumah aku. Layan je la tekak mamat ni. Semua sedap. Haippp..
Hari ni baru aku amik perhatian. Rupa2nya char kuetiau spesial kat sini harganya rm5.50. Bagi aku murah gakla. Walaupun kuetiau nya x banyak tapi dh cukup kenyang untuk aku. Aku ni badan je besar tapi makan sikit pun dh boleh kenyang. Makan sikit pun gemuk gak. Haip. Sakit ati betul. Ok stop merepek pasal isu yang selalu bikin aku stress ni. Pastu sekarang ni aku dukla menaip dalam kereta sambil2 menunggu sampai depan pintu rumah aku di Kulim nu ha. Layankan je la gambar2 yang tak seberapa ni. Tapi serius kedai ni antara yang boleh dipuji.. cepat, tangkas, bersih. Kira tu kriteria yang ramai orang nak bila sampai kat mana2 restoren. Hehe. Orang memang penuh kedai. Murah rezki diorang ni. Alhamdulillah. Bila perut dah kenyang idea nak menulis pun kureng.. rasa nak tido je. Tapi dalam kepala nak siapkan kerja menanda kertas peperiksaan bebudak tingkatan 2 yang dikasihi dicintaiiii sangat2 ni.
Pandangan dari jalan seberang kedai diorang Sungai Dua Char Koay Teow P/s: ejaan yang betul dalam kamus KUETIAU |
Ni char kuetiau spesial. Bezanya ada telur mata. Tapi ni yang adik aku punya dapat 2 biji pulak telur matanya. Sepasang la biji mata ko dapat Syam |
Cawangan baharu diorang kat Seri Kembangan Selangor. Orang sana tak perlu susah2 datang sini bazirkan duit minyak duit tol. Makan je kat sana. |
Ni ha.. diorang cuti setiap Rabu. RABU ok? Bukan Sabtu bukan Ahad ek?? Jangan gatai2 nak datang hari Rabu. Hampeh balik ngan perut kosong |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan