Isnin, 26 September 2016

Sakan Jabeen (Minuman Botani) dan Daun Manis (Stevia)

Hari ini merupakan hari yang ke-30 aku berpantang. Ini bermakna umur Izz dah masuk sebulan. Alhamdulillah. Seperti biasa, hari ini aku ke klinik untuk membuat pemeriksaan jahitan akibat jangkitan kuman sekali gus untuk cucuk Izz yang dah berumur sebulan. Alhamdulillah kali ini aku sangat lega apabila doktor memberitahu bekas luka jahitan czer aku dah baik. Dah tak ada keluar air seperti baru2 ni. Punyala aku takut memikirkan bermacam2 kemungkinan. Luka terbuka ke.. jahitan tertetas ke.. kena jahit balik ke.. ya Allah punyala banyak fikiran2 negatif dalam kepala otak aku. Semua ni gara2 aku tak sanggup nak merasa sakit lagi. Seksa yang amat. Disebabkan tu lah aku sangat berdisiplin makan antibiotik yang doktor berikan.. dan aku rajin cuci bekas luka dengan air yang doktor berikan. Nama apa air tu.. aku pun tak tahu. Selepas terkena jangkitan kuman tu la aku mula rajin menerjah kakak google. Bermacam2 pengalaman yang aku baca. Sungguh mengerikan. Alhamdulillah aku bersyukur pada Allah.. aku tak perlu mengalami saat menakutkan lagi menyakitkan itu lagi. 

Awal2 aku dah menapak ke klinik. Seawal 7.35 pagi lagi. Aku dah serik datang ke klinik jam 8.30 dan terpaksa menghabiskan masa 4jam lebih hari khamis baru2 ni. Terseksa lagi menyeksakan aku rasa dengan keadaan sakit luka jahitan yang masih belum sembuh sepenuhnya. Namun, aku reda. Bukan salah doktor mahupun misi.  Dah memang orang ramai. 8.30 pagi tu dh penuh klinik. Mau taknya aku kena tunggu lama. Sabar je la. Sabar kan sebahagian dari iman. Huhu. Hari ni aku boleh balik awal. Jam 10 pagi aku dah selesai semua urusan di klinik. Alhamdulillah. Terima kasih kepada ma aku yang bersusah payah menghantar dan mengambil aku di klinik. Selepas ke klinik, aku ke Hospital Machang pula sebab ingin membeli implano (betul ke x ejaan aku ni??) hehe. Ala perancang kehamilan tu. Biasa kwn2 aku panggil implan je. Bila aku bagitau doktor.. rupanya diorang sebut implano. So aku acah2 doktor, sebut implano gak la. Hehe. Tapi kena tunggu apointmen 5hb oktober ni. Jadi, aku pulang ke rumah tanpa banyak songeh. 

Eh, mana cerita pasal sakan jabeen ngan stevia ni?? Melalut punya panjang. Yg atas tu mukaddimah je. Biar aku tak lupa kronologi cerita hari ni. Hehe. Lepas balik umah tu la orang city link mai antar sakan jabeen. Sebenarnya sakan jabeen dan stevia ni aku beli melalui seorang doktor yang femes di fb. Ni ha nama dia Dr. Zubaidi Haji Ahmad. Aku memang follow fb dia. Ntah kenapa sejak dua menjak usia dah menjengah 30an ni aku mula ambil berat pasal kesihatan. Segala tips nasihat dari doktor mana2 pun aku suka ikut dari ikut cakap2  mulut2 puaka yang ntah mana2 dapat sumbernya. Hehe. Tu aku tak tuju kat sapa2 yee. Dalam fb Dr. Zubaidi ni ada menerangkan sedikit mengenai kebaikan sakan jabeen dan stevia. Dr. Zubaidi juga antara org yang selalu menasihati orang ramai supaya mengelakkan gula dalam pemakanan. Takut wuuuuu.. mcm2 penyakit disebabkan gula ni. Dahla family aku memang ramai yang kaut penyakit kencing manis. Abah, ma, abang2 dan adik aku dah terkena kencing manis. Alhamdulillah aku masih belum ada. Tu yang aku nak jaga sangat kesihatan tu. Tak apala berkorban sikit mulut dan tekak dari merasai makan manis2. Tak rugi pun. Untung lagi ada kalau dapat kekalkan kesihatan. Moga Allah memberikan kita kesihatan yang baik. Amin. Jadi, aku pun whatsapp la Dr. Zubaidi dan hasilnya.. di atas meja aku adalah Sakan Jabeen dan stevia ni..





Ha.. ni la dia minuman botani sakan jabeen. Antara khasiat yang Dr. Zubaidi terangkan mengenai sakan jabeen ni antaranya;


KHALL SAKAN JABEEN adalah produk herba warisan silam yang telah diamalkan untuk kesihatan

RAMUAN KHALL SAKAN JABEEN  
Cuka Kurma, Cuka Delima, Cuka epal dan Cuka lemon ,Kurma dan Kacang Ginjal Putih (White Kidney Bean) Ekstrak Halia dan bawang putih Madu dan Habbatussauda                                                                                            

MANFAAT KHALL SAKAN JABEEN
Memberikan tenaga segera                                             
Membantu mengurangkan tahap kolestrol dalam darah
Membantu menurunkan berat badan SERTA mengurangkan rasa lapar
Membantu mengawal tekanan darah 
Membantu mengawal paras gula dalam darah
Membekalkan vitamin B kompleks dan mineral
Bertindak sebagai antioksida dan antiradang

Pengambilannya 2 sudu pagi sebelum sarapan dan 2 sudu malam sebelum tidur. Boleh dicampur air atau minum begitu sahaja menggunakan sudu.

Manfaat stevia pula; 
Dapat menggantikan gula. 



Korang google la sendiri manfaat stevia yang lain ek?? Aku dah kepanasan duk kat dapur ni... nak p minum sakan jabeen ni. Yg stevia ni aku dah try minum ngan teh hijau. Rasanya manis2 buah gitu. Okla jadi sedap la skit teh hijau tu. Biasa aku minum kosong je. Kelat wooo.. tapi ok je kalau minum kosong pun. Boleh je aku memaksakan diri minum walaupun pahit. Hehe. 

Jadi, hari ni aku tak boleh nak cerita lagi apa yang aku rasa lepas makan sakan jabeen ni sebab memang aku tak rasa lagi. Mungkin selepas konsisten mengamalkan sakan jabeen 2 3 botol, aku boleh buat review sama ada badan aku rasa ok ke tak. 

Apa2 pun kesihatan kena jaga. Walaupun penyakit tu datang nya dari Allah... tapi kita sebagai hambaNya kena la jaga amanah badan yang diberi ni. Kalau dah jaga tapi penyakit datang juga, tu tandanya Allah nak menguji kita, nak mengurangkan dosa2 kita yang lalu kalau kita bersabar dan reda. Kan?? Jzkk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan