Isnin, 11 September 2017

KALI PERTAMA UNTUK 2017

Bertuah sungguh la daku ni... entah berhabuk entah berkulat bersawang dah blog ni jadinya. Tak tahu la kenapa tak sempat sangat nak buka dan menulis walaupun sedikit. Dah masuk bulan September 2017 baru la nak menjengah. Nasibla duhai blog ada empunya blog yang sering mengabaikan dirimu. Terlalu sibuk dengan kehidupan di rumah, di sekolah. Macam2 benda nak buat yang dari awal tahun hingga la dah nak akhir tahun ni... ada yang dah settle ada yang belum mula pun lagi. Buat masa sekarang tak ada idea nak tulis apa pun lagi. Bye dulu.. tunggu bila plak nak kemas kini blog ni. Jangan jadi tahun depan sudahla. hehe

Jumaat, 14 Oktober 2016

Nasi Dagang Tersedap di Kelantan

Amboiiiii nasi dagang tersedap di Kelate. Nanti ada plak yang tak setuju. Kata kat sini kat sana lagi sedap. Hehe. Bukanla aku nak bagitau nasi dage ni yang paling sedap. Tapi, antara yang tersedap pernah aku makan la. Aku dan family memang suka makan merata2 tempat. Jadi, banyak gak la kedai makanan yang sedap2 di negeri kelahiran aku ni yang kami tahu. Huhu. Aku pulak jenis suka makan nasi dagang putih tu berbanding nasi dagang yang beras kaler merah tu. Biasa kalau nasi dagang putih ni orang panggil nasi dagang Terengganu. Abah aku pulak tak suka nasi dagang putih tu. Huhu. Selera orang macam2 kan. Abah aku.. nasi dagang mak aku masak la yang paling dia suka. Kawan2 abah aku pun selalu memuji kesedapan nasi dagang ma aku.. aku pulak sebab tak berapa suka nasi dagang merah... sedap gakla.. tapi lagi sedap nasi dagang putih lagi2 kalau mak cik aku yang masakkan. Best giler. Aku pandai tak masak nasi dagang?? Pandai la masak tapi tahap kesedapan tu tak mencapai otai2 nasi dagang lagi. Huhu. Ok aku bukan nak cerita aku pandai masak nasi dagang atau tak.. tapi nak cerita nasi dagang kat 1 kedai yang aku selalu makan tiap kali balik Kelantan. 



Ni ha kedainya.. aku siap snap gambar kedai lagi. Kot2 la korang nak cari kedai makan ni kan. Kedai ni kat ketereh. Kalau tak silap aku betul2 depan SMK Ketereh. Kalau silap sorry la yer.. hehe.  Nape kedai dia Kak Dah Nasi Belauk Istimewa yer?? Bukan Kak Dah Nasi Dagang Istimewa?? Ha.. aku tanya aku jawab ek?? Sebabnya.. kat kedai dia ni bukan jual nasi dagang je.. macam2 ada. Yang macam2 lauknya la.. nasi yang ada.. nasi putih ngan nasi dagang je. Jangan korang harap nak ada nasi kerabu ke, nasi minyak ke, nasi beriani ke.. aku lempang gak kang.. huhu. Ganas plak petang2 ni. Lauk yang ada kat kedai ni ayam kg goreng, ayam bandar goreng (ayam biasa la tu), gulai serati, gulai ikan tongkol, gulai macam2 gulai la.. tak larat pulak aku nak senaraikan. Jadi, kalau korang nak rasa.. bolehla pergi ke kedai ni. 







ni nasi dagang ngan ayam kg goreng


nampak tak pakcik berjubah yg nsem tu.. tu la abah aku. hihi


ok yg ni tak ada kaitan ngan kedai..
yg ni aku nak menunjuk
nasi dgang yg aku masak je,,,
tak riak tau..hehe


Isnin, 26 September 2016

Sakan Jabeen (Minuman Botani) dan Daun Manis (Stevia)

Hari ini merupakan hari yang ke-30 aku berpantang. Ini bermakna umur Izz dah masuk sebulan. Alhamdulillah. Seperti biasa, hari ini aku ke klinik untuk membuat pemeriksaan jahitan akibat jangkitan kuman sekali gus untuk cucuk Izz yang dah berumur sebulan. Alhamdulillah kali ini aku sangat lega apabila doktor memberitahu bekas luka jahitan czer aku dah baik. Dah tak ada keluar air seperti baru2 ni. Punyala aku takut memikirkan bermacam2 kemungkinan. Luka terbuka ke.. jahitan tertetas ke.. kena jahit balik ke.. ya Allah punyala banyak fikiran2 negatif dalam kepala otak aku. Semua ni gara2 aku tak sanggup nak merasa sakit lagi. Seksa yang amat. Disebabkan tu lah aku sangat berdisiplin makan antibiotik yang doktor berikan.. dan aku rajin cuci bekas luka dengan air yang doktor berikan. Nama apa air tu.. aku pun tak tahu. Selepas terkena jangkitan kuman tu la aku mula rajin menerjah kakak google. Bermacam2 pengalaman yang aku baca. Sungguh mengerikan. Alhamdulillah aku bersyukur pada Allah.. aku tak perlu mengalami saat menakutkan lagi menyakitkan itu lagi. 

Awal2 aku dah menapak ke klinik. Seawal 7.35 pagi lagi. Aku dah serik datang ke klinik jam 8.30 dan terpaksa menghabiskan masa 4jam lebih hari khamis baru2 ni. Terseksa lagi menyeksakan aku rasa dengan keadaan sakit luka jahitan yang masih belum sembuh sepenuhnya. Namun, aku reda. Bukan salah doktor mahupun misi.  Dah memang orang ramai. 8.30 pagi tu dh penuh klinik. Mau taknya aku kena tunggu lama. Sabar je la. Sabar kan sebahagian dari iman. Huhu. Hari ni aku boleh balik awal. Jam 10 pagi aku dah selesai semua urusan di klinik. Alhamdulillah. Terima kasih kepada ma aku yang bersusah payah menghantar dan mengambil aku di klinik. Selepas ke klinik, aku ke Hospital Machang pula sebab ingin membeli implano (betul ke x ejaan aku ni??) hehe. Ala perancang kehamilan tu. Biasa kwn2 aku panggil implan je. Bila aku bagitau doktor.. rupanya diorang sebut implano. So aku acah2 doktor, sebut implano gak la. Hehe. Tapi kena tunggu apointmen 5hb oktober ni. Jadi, aku pulang ke rumah tanpa banyak songeh. 

Eh, mana cerita pasal sakan jabeen ngan stevia ni?? Melalut punya panjang. Yg atas tu mukaddimah je. Biar aku tak lupa kronologi cerita hari ni. Hehe. Lepas balik umah tu la orang city link mai antar sakan jabeen. Sebenarnya sakan jabeen dan stevia ni aku beli melalui seorang doktor yang femes di fb. Ni ha nama dia Dr. Zubaidi Haji Ahmad. Aku memang follow fb dia. Ntah kenapa sejak dua menjak usia dah menjengah 30an ni aku mula ambil berat pasal kesihatan. Segala tips nasihat dari doktor mana2 pun aku suka ikut dari ikut cakap2  mulut2 puaka yang ntah mana2 dapat sumbernya. Hehe. Tu aku tak tuju kat sapa2 yee. Dalam fb Dr. Zubaidi ni ada menerangkan sedikit mengenai kebaikan sakan jabeen dan stevia. Dr. Zubaidi juga antara org yang selalu menasihati orang ramai supaya mengelakkan gula dalam pemakanan. Takut wuuuuu.. mcm2 penyakit disebabkan gula ni. Dahla family aku memang ramai yang kaut penyakit kencing manis. Abah, ma, abang2 dan adik aku dah terkena kencing manis. Alhamdulillah aku masih belum ada. Tu yang aku nak jaga sangat kesihatan tu. Tak apala berkorban sikit mulut dan tekak dari merasai makan manis2. Tak rugi pun. Untung lagi ada kalau dapat kekalkan kesihatan. Moga Allah memberikan kita kesihatan yang baik. Amin. Jadi, aku pun whatsapp la Dr. Zubaidi dan hasilnya.. di atas meja aku adalah Sakan Jabeen dan stevia ni..





Ha.. ni la dia minuman botani sakan jabeen. Antara khasiat yang Dr. Zubaidi terangkan mengenai sakan jabeen ni antaranya;


KHALL SAKAN JABEEN adalah produk herba warisan silam yang telah diamalkan untuk kesihatan

RAMUAN KHALL SAKAN JABEEN  
Cuka Kurma, Cuka Delima, Cuka epal dan Cuka lemon ,Kurma dan Kacang Ginjal Putih (White Kidney Bean) Ekstrak Halia dan bawang putih Madu dan Habbatussauda                                                                                            

MANFAAT KHALL SAKAN JABEEN
Memberikan tenaga segera                                             
Membantu mengurangkan tahap kolestrol dalam darah
Membantu menurunkan berat badan SERTA mengurangkan rasa lapar
Membantu mengawal tekanan darah 
Membantu mengawal paras gula dalam darah
Membekalkan vitamin B kompleks dan mineral
Bertindak sebagai antioksida dan antiradang

Pengambilannya 2 sudu pagi sebelum sarapan dan 2 sudu malam sebelum tidur. Boleh dicampur air atau minum begitu sahaja menggunakan sudu.

Manfaat stevia pula; 
Dapat menggantikan gula. 



Korang google la sendiri manfaat stevia yang lain ek?? Aku dah kepanasan duk kat dapur ni... nak p minum sakan jabeen ni. Yg stevia ni aku dah try minum ngan teh hijau. Rasanya manis2 buah gitu. Okla jadi sedap la skit teh hijau tu. Biasa aku minum kosong je. Kelat wooo.. tapi ok je kalau minum kosong pun. Boleh je aku memaksakan diri minum walaupun pahit. Hehe. 

Jadi, hari ni aku tak boleh nak cerita lagi apa yang aku rasa lepas makan sakan jabeen ni sebab memang aku tak rasa lagi. Mungkin selepas konsisten mengamalkan sakan jabeen 2 3 botol, aku boleh buat review sama ada badan aku rasa ok ke tak. 

Apa2 pun kesihatan kena jaga. Walaupun penyakit tu datang nya dari Allah... tapi kita sebagai hambaNya kena la jaga amanah badan yang diberi ni. Kalau dah jaga tapi penyakit datang juga, tu tandanya Allah nak menguji kita, nak mengurangkan dosa2 kita yang lalu kalau kita bersabar dan reda. Kan?? Jzkk

Selasa, 16 Ogos 2016

Minggu ni kandungan ibu dan masuk minggu ke-36. Anak ibu dah semakin membesar. Semakin hari semakin susah untuk ibu berjalan, makin susah untuk ibu lelapkan mata...   Tapi ibu tetap tidak sabar untuk menunggu kelahiran anak ibu yang ke-3 ni.  Insya-Allah, moga  Allah permudahkan segala-galanya. Walaupun sehingga hari ini, kedudukan anak ibu masih dalam keadaan songsang.. ibu positifkan diri semoga semuanya dalam keadaan baik. 

 Ni gambar baby ibu waktu 7 bulan.   Anak ke-3 baru ibu cuba scan 3d ni.   Seronok juga sebab dapat tengok anak ibu.    Rugi plak rasanya sebelum ni tak buat. x ada kenangan la abg '   Izzul dan   kakak  Irina dalam perut ibu.   Scan biasa je tak nampak muka.   Masa mula-mula ibu  nampak wajah baby ibu ni.. terus ibu nampak baby ni sebijik macam abang 'Izzul. Hehe.   Muka sama ngan nenek lagi la gayanya. Alhamdulillah katanya baby lelaki.   Mana-mana pun ibu tak kisah asalkan anak ibu sihat sahaja... 

Tak ada apa-apa yang ibu nak coretkan.. saja nak menghilangkan bosan duk menanda kertas.. huhu,.. x ada idea nak menulis buat masa sekarang.   Assalamualaikum...

Selasa, 29 Mac 2016

Sukar Untuk Dicari Ganti


Dalam kesibukan aku untuk melunaskan tanggungjawab sebagai seorang guru, 2 orang pelajar ini selalu ada meluangkan sedikit masa untuk cikgunya. Walaupun sudah 2 tahun lebih menamatkan pembelajaran di sekolah, alhamdulillah mereka tetap mengingati aku sebagai seorang guru malah, aku sendiri sukar untuk mencari pelajar seperti mereka. Sebab itu aku katakan mereka sukar untuk dicari ganti. 
Sudah banyak suka duka aku kongsi bersama-sama mereka. Gelak tawa dan air mata. 2013 merupakan tahun terakhir mereka di sekolah. Tahun itu aku tidak sempat menemani mereka sehingga ke saat akhir perjuangan mereka dalam SPM kerana cuti bersalin. Walaupun jasad aku ketika itu di Kelantan, tetapi hati sentiasa mendoakan kejayaan mereka semua. Sayang aku pada mereka melebihi yang lain. Tidak tahu mengapa tetapi setakat ini merekalah pelajar yang terbaik bagi aku. 
Tak lama lagi mereka akan meninggalkan tanah air untuk menyambung pelajaran di luar negara. Nampak gayanya lepas ni lama la aku tak dapat jumpa ngan anak2 aku ni. Huhu. Apa-apapun cikgu doakan mereka akan berjaya walau di mana-mana pun mereka berdua. Jangan lupakan cikgu dan adik2 awak. huhu. 
P/S: Abaikan gambar hodoh dan tak hensem diorang tu. kohkohkoh



Selasa, 16 Februari 2016

Orang baru???

Ok ni entri pertama aku untuk tahun 2016. Dalam keadaan yg tidak berapa sihat, sedikit pening.. aku gagahkan juga mengisi masa cuti hujung minggu. Kenapa tajuknya orang baru ek?? Hurmmm.. alhamdulillah Allah telah memberi rezeki untuk aku dan keluarga. Untuk kali ke-3, ada roh yang mendiami rahim kurnian Allah ini. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. aku dah boleh agak masa cuti sekolah bulan 12 yang lalu.. aku dah mula pening2 dan muntah2. Aku dah boleh rasakan wlp secara rasminya aku belum disahkan mengandung. Sebab kedua2 anak aku sebelum ni pun mcm tu. Belum sempat check dengan pregnancy test kit pn aku dah mula muntah2 n mual yang agak teruk. Aku memang tersangat excited walaupun untuk kali ke3. Memang aku inginkan cahaya mata untuk tahun 2016 dan alhamdulillah Allah permudahkan rezeki untuk aku.
tapi kali ini,... ya Allah dugaannya hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Sebelum ni aku tak pernah menangis sepanjang mengandungkan 'Izzul dan Irina... tetapi kali ini aku tak mampu nak menahan.. air mata selalu tumpah. Badan aku tak mampu.. Muntah sepanjang hari, perut yang sentiasa meloya, angin satu badan, pening dan sakit kepala berpanjangan.. badan pula lesu lesu selesu lesunya sehingga kadang2 aku tidak mampu bernafas dengan betul. buat kerja satu pun aku tak mampu buat. Rumah sudah mula bersepah dan aku mula stress bila tengok rumah tidak berkemas. Ya Allah.. hanya Allah yang tahu betapa hati aku menangis bila aku tak bertenaga untuk menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan ibu. Tekanan sangat menghantui aku lebih2 lagi apabila sudah beberapa kali aku hanya terbaring di sekolah.. tidak masuk kelas kerana terlampau pening, mabuk dan muntah2 berpanjangan. Terus terang aku katakan aku sangat stress. Apalah agaknya tanggapan pelajar2 aku? mungkin kah mereka mengatakan aku cikgu yang malas untuk masuk mengajar? Aku susah untuk tersenyum seperti biasa kerana mabuk dan sakit yang aku alami. Tetapi aku tetap reda. Aku tetap berdoa supaya Allah memberikan kesihatan yang baik kepada anak yang aku kandung.. tidak mengapa andai aku yang menanggung segala seksa. Mungkin inilah perngorbanan seorang ibu seperti aku.. sekarang pun aku sudah tidak mampu untuk menulis dengan lebih panjang.. mencucuk2 kepala ni. mual2 sudah mula datang. Moga Allah permudahkan aku... 

Khamis, 24 Disember 2015

Blog dah berhabuk

Ya Allah Ya Tuhanku... cepatnya 2015 ni berlalu. Aku rasa macam tak sempat nak buat apa-apa... Pejam celik pejam.. pastu celik lagi.. tahun 2015 dah hampir ke penghujung.. Aku seperti biasa masih membuat kerja yang tak pernah habis. Tak perlu rasanya untuk aku senaraikan di sini dan menambahkan stress yang tersedia ada ni... Entri dalam blog ni pun tak sempat untuk aku siapkan. Asyik duk jadi draft je. Hehe. Rugi rasanya tidak mencatatkan segala-galanya dalam dalam blog ni. Pasti banyak kenangan indah yang akan aku lupa. Yerla nama pun manusia pasti lupa. Aku pun semakin lama semakin hilang idea untuk menulis. Tidak seperti satu ketika dahulu.. waktu aku muda-muda dulu.. setakat menulis 2 ke 30 helai tu apala sangat. Sekejap pun boleh siap. Ceh, ayat ni berbau berlagak.. tapi tak sebenarnya.. hehe. Tapi sekarang, ya Allah nak menulis satu perenggan pun betapa liat keras dan kematunya tangan aku ni ha... Tu la. Masa akan merubah segala-galanya... Moga aku lebih rajin untuk menulis agar segala ketuat dan kematu di jari aku ni akan hilang dan hobi menulis aku akan kembali.. hohoho. Ye ke tu ek??? Apa-apa pun sebenarnya aku menulis pada jam 1.30 pagi bertemankan seekor lipas yang semakin dekat dan semakin mendebarkan hati serta jantung aku...aku benci lipas. Lagi2 bila si lipas dah tahap terbang2.. nak je aku tangkap bagi ikan kaloi ma aku makan. Tapi apakan daya, aku tidak punya keberanian seperti itu. Pandang dengan penuh waspada je la aku mampu. hoho. Aku duk tunggu si tenet lembab ni mengupdate antivirus kaspersky aku ni ha... laptop buruk lagi uzur aku ni nampaknya dah diserang oleh malware yang menyampah lagi menyemakkan otak aku.. suka sangat si malware ni menyorokkan segala bagai file aku.. Hei si malware ko tau tak betapa aku ni tak punya masa nak main2 dengan ko? haishhh geram pulak rasanya duk main sorok2 cikucak dengan spesies malware yang tak reti bahasa dan tak pernah belajar bahasa Melayu ni.. Apa yang aku merepek ni sebenarnya?? Bertemankan teh ais yang sangat kawwww... aku layankan aje tenet lembab ni. Haishhhhhh...harap2 kuasa dragon ball yang ada pada karpersky ni mampu menghapuskan malware dari terus menjelma di laptop aku. Penat tauuuu nak bagi file aku semua tu ada balik. Tak larat.. hohoho. 
Yezzzzzaaaa... selepas tenet lembab berjaya mengemasikini karpersky aku... malware itu telah berjaya didelete tanpa belas kasihan. Nyah lah kau dari hidup aku ni. Malware ni sama spesies je ngan lipas terbang tadi. Entah ke mana dah si lipas tadi. Jangan ko masuk dalam kain baju aku sudah. Mau melompat sampai ke bumbung aku ni ha klau penangan lipas ni. Nanti tak pasal2 terpenyek jugak ko si lipas. Okla... tak nak dah aku merapu merapan seorang diri. Nak siapkan kerja. Kang tak pasal2 kerja aku tertangguh untuk sekian kalinya..
Assalamualaikum...
p/s: kenapa aku letak gambar orked ek?? sebab aku memang suka giler2nya kat bunga orked. hehehehehhehe. Tak hingin aku buh gambar lipas kat sini. hehehehe.