
tapi kali ini,... ya Allah dugaannya hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Sebelum ni aku tak pernah menangis sepanjang mengandungkan 'Izzul dan Irina... tetapi kali ini aku tak mampu nak menahan.. air mata selalu tumpah. Badan aku tak mampu.. Muntah sepanjang hari, perut yang sentiasa meloya, angin satu badan, pening dan sakit kepala berpanjangan.. badan pula lesu lesu selesu lesunya sehingga kadang2 aku tidak mampu bernafas dengan betul. buat kerja satu pun aku tak mampu buat. Rumah sudah mula bersepah dan aku mula stress bila tengok rumah tidak berkemas. Ya Allah.. hanya Allah yang tahu betapa hati aku menangis bila aku tak bertenaga untuk menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan ibu. Tekanan sangat menghantui aku lebih2 lagi apabila sudah beberapa kali aku hanya terbaring di sekolah.. tidak masuk kelas kerana terlampau pening, mabuk dan muntah2 berpanjangan. Terus terang aku katakan aku sangat stress. Apalah agaknya tanggapan pelajar2 aku? mungkin kah mereka mengatakan aku cikgu yang malas untuk masuk mengajar? Aku susah untuk tersenyum seperti biasa kerana mabuk dan sakit yang aku alami. Tetapi aku tetap reda. Aku tetap berdoa supaya Allah memberikan kesihatan yang baik kepada anak yang aku kandung.. tidak mengapa andai aku yang menanggung segala seksa. Mungkin inilah perngorbanan seorang ibu seperti aku.. sekarang pun aku sudah tidak mampu untuk menulis dengan lebih panjang.. mencucuk2 kepala ni. mual2 sudah mula datang. Moga Allah permudahkan aku...